Kesesuaian E-book Numerical Method Sebagai Bahan Pembelajaran Pelajar Politeknik

  • Ahmad N
  • Abu Bakar A
  • Edros S
N/ACitations
Citations of this article
25Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Selaras dengan perkembangan teknologi dunia dalam abad ke-21, salah satu daripada matlamat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah untuk memastikan keperluan pembelajaran pelajar-pelajar dipenuhi dan pengalaman bermakna yang diterima dalam pembelajaran mereka ditingkatkan melalui keberkesanan teknologi dan juga inovasi. Pensyarah perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan teknologi maklumat dan multimedia serta sebarang bentuk inovasi yang selari dengan kehendak pembelajaran abad ke-21. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan semakin popular ialah strategi berpusatkan pelajar yang menggunakan e-pembelajaran. Kajian ini melibatkan semua pelajar di sebuah politeknik yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 3 pada sesi I: 2021/2022. Kajian dilaksanakan secara kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Berdasarkan ujian one sample chi square memberikan p<0.05 bagi setiap item soal selidik. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara frekuensi pelajar-pelajar yang bersetuju dengan frekuensi pelajar-pelajar yang tidak bersetuju bagi setiap item soal selidik. Berdasarkan dapatan dan analisis data sekaligus membuktikan bahawa frekuensi pelajar yang bersetuju dengan penggunaan e-book Numerical Method sebagai bahan pembelajaran adalah jauh lebih besar dan signifikan daripada frekuensi pelajar yang tidak bersetuju. Daripada analisis kajian, didapati bahawa e-book Numerical Method yang telah dihasilkan adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran bagi pelajar-pelajar di politeknik sama ada bersama pensyarah di dalam kelas atau secara kendiri di luar kelas.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, N., Abu Bakar, A., & Edros, S. N. (2022). Kesesuaian E-book Numerical Method Sebagai Bahan Pembelajaran Pelajar Politeknik. Asian Pendidikan, 2(2), 34–40. https://doi.org/10.53797/aspen.v2i2.4.2022

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free