Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan persepsi penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan realiti berperantara (AR) dalam pendidikan prasekolah. Pengumpulan data menggunakan soal selidik dalam talian dan melibatkan 31 orang guru pelatih bidang pendidikan awal kanak-kanak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan menunjukkan guru pelatih mempunyai persepsi positif bahawa penggunaan AR boleh memotivasikan, meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid prasekolah. Hasil kajian menunjukkan perbezaan signifikan antara persepsi guru pelatih lelaki dan perempuan terhadap keberkesanan AR untuk memotivasikan kanak-kanak dalam pembelajaran, t (29) = -2.063, P < .05, keberkesanan AR meningkatkan kreativiti, t (29) = - 2.767, P .05. perceived usefulness penggunaan AR, t(29) = -1.405, P > .05; perceived ease of use, t (29) = -1.339, P > .050; perceived enjoyment penggunaan AR, t (29) = -.591, P > .050. Hasil kajian ini telah membuka satu perspektif baru dalam mempromosikan penggunaan AR dalam pengajaran murid sejak di peringkat prasekolah lagi.
Cite
CITATION STYLE
Judi, M. (2024). Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Realiti Berperantara (AR) dalam Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 12(1). https://doi.org/10.51200/jpp.v12i1.5006
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.