Pengetahuan, Persepsi dan Perilaku Konsumer Mualaf di negeri Terengganu dalam Menggunakan Produk Makanan Halal

  • Awang A
  • Abdullah N
  • Izudin I
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Salah satu ciri seorang Muslim yang komited terhadap ajaran agamanya ialah memelihara dirinya daripada mengambil makanan yang dilarang oleh agama. Komuniti Mualaf merupakan kelompok yang baru memeluk agama Islam dan lazimnya mereka memahami ajaran Islam secara berperingkat termasuk dalam aspek-aspek yang menyentuh konsumerisme dalam sesuatu produk makanan. Objektif kajian ini ialah melihat tahap pengetahuan dan persepsi mualaf terhadap produk makanan halal. Selanjutnya menganalisis sikap mereka terhadap konsumerisme produk makanan dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang baharu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik ke atas 110 orang mualaf di negeri Terengganu. Data dianalisis melalui perisisan SPSS 22.0 menggunakan peratus, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, persepsi dan sikap mualaf di negeri Terengganu dalam mengambil dan menggunakan produk halal adalah tinggi. Hasil dapatan ini penting kerana ia mampu memberi informasi kepada Majlis Agama dan badan-badan yang berkaitan tentang perlunya bimbingan yang berterusan diberikan kepada mualaf terhadap kepentingan konsumerisme Islam.

Cite

CITATION STYLE

APA

Awang, A., Abdullah, N. @ N. S. B., & Izudin, I. S. (2022). Pengetahuan, Persepsi dan Perilaku Konsumer Mualaf di negeri Terengganu dalam Menggunakan Produk Makanan Halal. Journal of Fatwa Management and Research, 27(4), 33–58. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no1.453

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free