KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT: TINJAUAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR

  • Paizin M
  • Sarif S
N/ACitations
Citations of this article
38Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sistem pengurusan zakat kebiasaannya dipertanggungjawabkan kepada para pemegang amanah untuk menguruskan penyimpanan dan pengaliran harta zakat. Khususnya di Malaysia, tugas amil zakat dilaksanakan oleh pemerintah negeri dibawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Bagi meningkatkan hasil kutipan zakat, sesetengah MAIN telah menubuhkan syarikat mengutip zakat sebagai langkah mengoptimumkan keberhasilan. Pihak pelaksana khususnya pemerintah pula sewajarnya membantu masyarakat dengan menyediakan kemudahan yang dapat menyokong pelaksanaan berzakat antaranya dari sudut proses penerimaan bayaran. Kajian ini akan melihat saluran-saluran bayaran yang telah disediakan dan menilai sejauh mana saluran tersebut mampu menjana keberhasilan kepada institusi zakat itu sendiri. Bagi menilai saluran-saluran ini, kajian akan merujuk organisasi yang berpengalaman dalam pengoperasian kutipan zakat iaitu PPZ dan LZS. Melihat kepada isu yang timbul, kajian ini akan menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan berbentuk dasar untuk dipertimbangkan antaranya dari sudut penyelidikan, aktiviti promosi dan lain-lain.

Cite

CITATION STYLE

APA

Paizin, M. N., & Sarif, S. (2016). KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT: TINJAUAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 10, 66–76. https://doi.org/10.51200/ljms.v10i.2576

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free