Strategi pengajaran mantik di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang

  • Ismail N
  • Senin N
  • Abu Bakar S
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Ilmu mantik merupakan ilmu yang membahaskan kaedah berfikir secara benar bagi seorang manusia. Ilmu ini merupakan mukadimah kepada semua disiplin ilmu kerana setiap ilmu terbina di atas premis yang benar bagi mendapatkan kesimpulan yang benar. Dalam sejarah Islam, ilmu ini banyak digunakan dalam bidang ilmu Kalam dan usul fiqh. Ini kerana kedua-dua ilmu ini memerlukan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan berdasarkan nas syarak. Hari ini, ilmu mantik masih diajarkan di sekolah-sekolah dan juga universiti khususnya bagi pelajar jurusan Usuluddin. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah mantik di universiti. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Sampel kajian diambil daripada tiga buah universiti yang menawarkan kursus mantik sekitar Lembah Klang. Temubual separa berstruktur telah dijalankan secara atas talian bagi mendapatkan data. Dapatan temubual kemudiannya dianalisis secara analisis tematik. Hasil kajian dibincangkan berdasarkan enam aspek iaitu objektif dan hasil pengajaran, silibus pengajian, strategi yang digunakan, penggunaan bahan bantu mengajar, maklum balas pelajar dan kaedah penilaian yang dijalankan. Rumusan kajian ini ialah para pensyarah mempunyai matlamat pembelajaran yang sama dengan kepelbagaian strategi diaplikasikan bagi memastikan matlamat tercapai. Walaupun begitu, kajian ini mencadangkan agar para pensyarah memanfaatkan juga teknologi dan gajet untuk memperkasakan lagi strategi pengajaran sedia ada. Para pelajar juga perlu terus didorong untuk mengaplikasikan kaedah mantik khususnya qiyas melalui pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ismail, N., Senin, N., & Abu Bakar, S. (2022). Strategi pengajaran mantik di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(2), 53–70. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i2.138

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free