Analisis Penggunaan Tulang Haiwan Dalam Produk Penapis Air Dari Perspektif Halal: Kajian Di Hijrah Water Sdn. Bhd.

  • Mohd Salleh M
  • Mohd Subri I
  • Deuraseh N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tulang haiwan adalah antara bahan penting yang digunakan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran air, dan dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air.  Kebanyakan tulang dalam industri diperolehi dari sumber yang haram atau diragui status halalnya. Justeru, objektif kajian ini menganalisis penggunaan tulang haiwan dalam produk penapis air menurut pandangan syarak. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif berdasarkan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Pengkaji memilih Syarikat Hijrah Water Sdn. Bhd. sebagai lokasi kajian atas kapasiti syarikat sebagai peneraju penapis air halal di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa produk penapis air daripada sumber tulang khinzir dan haiwan yang tidak disembelih adalah haram kerana kaedah istihalah didapati tidak berlaku secara sempurna, berdasarkan mazhab Shafi’i. Sebagai alternatif kepada tulang haiwan, bahan-bahan daripada sumber semulajadi seperti tempurung kelapa, buluh, cengkerang laut dan sisik ikan tilapia boleh digunakan sebagai media penapis air kerana ia dijamin halal. Kajian lanjutan boleh dilakukan ke atas syarikat-syarikat lain yang menggunakan bahan-bahan halal bagi menggantikan penggunaan tulang haiwan dalam penapis air.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Salleh, M. M., Mohd Subri, I., Deuraseh, N., Ab. Rahman, S., Mustafa, S. M., & Jamaludin, M. A. (2020). Analisis Penggunaan Tulang Haiwan Dalam Produk Penapis Air Dari Perspektif Halal: Kajian Di Hijrah Water Sdn. Bhd. Ulum Islamiyyah, 30, 43–60. https://doi.org/10.33102/uij.vol30no.120

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free