Usaha ke Arah Pakaian Seragam Jururawat Pascakolonial Mesra Melayu-Islam di Kementerian Kesihatan Malaysia (1957-2018): Pengalaman 'Pihak yang Berbeza'

  • Saidun S
  • Akhmetova E
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam makalah ini, penulis menggunakan sudut pandang pascakolonial untuk melaporkan transformasi pakaian seragam jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia setelah Malaysia mencapai kemerdekaan daripada Britain dan cabaran untuk mewujudkan pakaian seragam yang bersesuian dengan jururawat Melayu dan Islam. Pakaian seragam berlengan pendek dengan labuh separas lulut yang diperkenalkan ketika pemerintahan kolonial bertentangan dengan norma agama dan budaya majoriti masyarakat di Malaysia, seterusnya menjadi satu daripada faktor kekurangan orang Melayu secara paradoksikal dalam sektor kejururawatan. Dalam dekad ketiga era pascakemerdekaan, pemurnian separa yang berlaku membolehkan jururawat Melayu memakai pakaian seragam berlengan pendek bersama seluar panjang dan penutup rambut. Walaupun pelbagai cabaran didepani oleh pelbagai individu dan organisasi yang terlibat dalam usaha tersebut pada pelbagai peringkat, jururawat Melayu Muslim akhirnya dibenarkan untuk memakai pakaian seragam berlengan panjang bersama-sama dengan seluar panjang dan tudung sejak tahun 2001. Kes ini memperlihatkan kesukaran yang dihadapi dalam sektor kejururawatan di Malaysia selepas Malaysia mencapai kemerdekaan yang merupakan suatu "ruang di antara", iaitu pertembungan dua budaya (budaya kod pakaian kolonial jururawat moden dan budaya pakaian golongan "lain" yang tersisih), seterusnya mencipta suatu budaya hibrid baharu yang melahirkan identiti "jururawat Melayu Islam".

Cite

CITATION STYLE

APA

Saidun, S., & Akhmetova, E. (2022). Usaha ke Arah Pakaian Seragam Jururawat Pascakolonial Mesra Melayu-Islam di Kementerian Kesihatan Malaysia (1957-2018): Pengalaman “Pihak yang Berbeza.” Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 15(2), 283–310. https://doi.org/10.37052/jm.15(2)no7

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free