Abstract
Satu kajian kuantitatif yang bertujuan untuk melihat tahap kepuasan kerja guru dan hubungannya dengan budaya kerja yang dipraktis di Sekolah-Sekolah Menengah. Seramai 305 guru yang bertugas di Sekolah Menengah di Daerah Hulu Kinta telah terlibat di dalam kajian ini. Borang soal selidik berkaitan kepuasan kerja guru digunakan bagi mengumpul data yang dikehendaki dan dianalisis dengan bantuan Statistical Program for Science Social (SPSS) versi 23.0. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan kerja guru adalah berada di tahap yang sederhana dengan skor min antara ±3.34 hingga ±4.27. Kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja antara pembolehubah gender dan umur (F =2.735, p= 0.044), tahap pendidikan (F =2.679, p=0.047) sementara faktor status perkahwinan (t=-.856 dan nilai p=0.392) dan pengalaman kerja (F= 2.014; p=0.112) pula tidak menunjukkan perbezaan dalam kepuasan kerja guru. Namun begitu kajian ini merumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan antara band sekolah dengan budaya kerja dalam kalangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah di Daerah Hulu Kinta Perak kecuali dalam aspek ‘corak komunikasi’ dengan nilai p=.022. Kajian ini mendapati faktor budaya kerja dalam aspek ‘pengawalan’ dan aspek ‘inovasi’ serta’ mengambil risiko’ merupakan peramal budaya kerja paling signifikan yang mempengaruhi kepuasan kerja guru sampel kajian ini. Oleh yang demikian beberapa cadangan telah disarankan seperti kesedaran pihak pengurusan untuk menambahbaikan amalan budaya kerja yang lebih positif, intervensi meningkkatkan motivasi dan kebajikan para guru. Peranan murid, ibu bapa dan masyarakat juga penting sebagai satu usaha dalam membantu pihak sekolah mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi seterusnya membantu kecemerlangan akademik murid dan kejayaan sekolah.
Cite
CITATION STYLE
Bakar, N. A. A., Mansor, K. Z., & Zokarphy, N. Z. (2022). Pengaruh Budaya Kerja dalam Organisasi terhadap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hulu Perak. JUDICIOUS, 3(1), 1–12. https://doi.org/10.37010/jdc.v3i1.746
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.