Satu Tinjauan Terhadap Tanggapan Guru-Guru dalam Penggunaan Platform Google Classroom bagi Proses Pembelajaran Sejarah

  • Kaviza M
N/ACitations
Citations of this article
50Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menyelidik terhadap tanggapan seramai 60 orang guru dalam penggunaan platform Google Classroom bagi proses pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah disahkan kesahannya serta memperolehi nilai kebolehpercayaan yang baik. Data yang diperolehi dari kajian ini dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan statistik inferensi melalui ujian-t sampel tak bersandar dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan menunjukkan tahap tinjauan berdasarkan tanggapan guru-guru dalam penggunaan platform Google Classroom adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap tinjauan berdasarkan tanggapan guru lelaki dan guru perempuan dalam penggunaan platform Google Classroom berada pada tahap tinggi, walaupun dapatan kajian turut membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min tinjauan terhadap tanggapan guru-guru dalam penggunaan platform Google Classroom berdasarkan jantina. Implikasi kajian ini menjadi sumber rujukan kepada para guru Sejarah untuk menggunakan platform Google Classroom secara lebih interaktif dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M. (2020). Satu Tinjauan Terhadap Tanggapan Guru-Guru dalam Penggunaan Platform Google Classroom bagi Proses Pembelajaran Sejarah. Journal of ICT In Education, 7(2), 74–80. https://doi.org/10.37134/jictie.vol7.2.7.2020

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free