Implikasi Wasiat Aset Digital dalam Konteks Memobilia, Kebergantungan Telefon Pintar dan Pembentukan Aset Digital dalam Kalangan Belia

  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Konsep wasiat aset digital merupakan implikasi baru yang dilihat berlaku dari penggunaan dan kebergantungan teknologi komunikasi oleh pengguna di seluruh dunia. Konsep ini penting dalam pengurusan memori dan data digital bagi pengguna untuk menghadapi kematian dalam abad ke-21 ini. Hal ini berlaku apabila perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon pintar telah melalui transformasi sebagai alat pendigitalan data yang dikonseptualisasi sebagai memobilia. Pengaruhnya menyebabkan pembentukan memori dan data digital yang boleh dikategori sebagai aset digital. Aset digital merangkumi data, maklumat, memori dan platform digital yang mempunyai nilai privasi, sensitiviti, sentimental dan monetari. Namun, tanpa pemindahan hak digital, aset digital yang bernilai ini tidak boleh diwarisi dan dilindungi oleh pewarisnya selepas seseorang pengguna meninggal dunia kelak. Oleh sebab kematian tidak boleh dielak dan diramalkan, maka kesedaran konsep wasiat aset digital sebagai sistem pewarisan bagi pengurusan aset digital penting kepada golongan belia. Kepentingan ini wujud disebabkan belia merupakan golongan tertinggi yang bergantung kepada penggunaan telefon pintar di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menilai hubungan memobilia, kebergantungan telefon pintar dan aset digital terhadap kesedaran wasiat aset digital dalam kalangan belia. Kaedah survei dilakukan terhadap 395 belia di Selangor yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Data survei dianalisis menggunakan prosedur sistematik Partial Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Hasil kajian menunjukkan memobilia mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kebergantungan telefon pintar dan aset digital, namun tidak signifikan terhadap kesedaran wasiat aset digital. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada kesedaran belia dalam melindungi aset digital menerusi pemindahan hak digital yang berlaku melalui konsep wasiat aset digital. Kata kunci: Memori digital, memobilia, kebergantungan telefon pintar, wasiat aset digital, belia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ali, A., Mohamad Salleh, M. A., & Mustaffa, N. (2024). Implikasi Wasiat Aset Digital dalam Konteks Memobilia, Kebergantungan Telefon Pintar dan Pembentukan Aset Digital dalam Kalangan Belia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 40(3), 206–228. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2024-4003-12

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free