Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

  • Pisal N
  • Mat Teh K
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa dapat mempengaruhi tindakan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, faktor kepercayaan ini juga dapat mempengaruhi pencapaian bahasa pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis dan tahap kepercayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk kepercayaan utama. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa secara keseluruhan serta mengikut konstruk kepercayaan utama. Responden kajian ini didapati mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam konstruk motivasi dan harapan. Kepercayaan terendah pula diwakili oleh konstruk kebolehan semula jadi dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulannya, pelajar mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap pembelajaran bahasa Arab yang dibentuk berdasarkan pengalaman pembelajaran lalu. Di samping itu, kajian ini juga memberi gambaran awal tahap kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Pisal, N. A., & Mat Teh, K. S. (2018). Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Issues in Language Studies, 7(1). https://doi.org/10.33736/ils.1617.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free