Sedimentologi dan analisis fasies batuan Paleozoik Akhir di kawasan Panching, Pahang

  • Mohamed K
  • Ali C
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstrak: Kawasan Panching di Pahang terdiri daripada batuan sedimen klastik dan juga batuan karbonat, dan telah dipetakan sebagai sebahagian daripada Kumpulan Kuantan. Kumpulan Kuantan di sini telah dibahagikan kepada tiga formasi iaitu Formasi Charu yang paling tua, diikuti oleh Formasi Batu Kapur Panching, dan Formasi Sagor yang paling muda. Daripada data lapangan dan analisis fasies terhadap batuan daripada ketiga-tiga formasi ini, lapan fasies telah dikenalpasti dan satu korelasi jujukan sedimen serta sejarah pengendapan telah ditafsirkan. Kajian ini menunjukkan bahawa kesemua fasies yang ditemui telah dihasilkan oleh proses-proses pengenapan di sekitaran laut cetek. Jujukan batuan yang terdapat di kawasan Panching terbentuk pada masa Karbon Awal di sekitaran laut cetek, tidak jauh daripada sistem delta atau muara sungai. Lautan cetek ini dapat dibahagikan kepada beberapa sub-sekitaran seperti pulau penghalang, pesisir, a1ur muara, lepas pantai serta sekitaran karbonat, dan ditafsirkan bahawa pengendapan sedimen dalam kesemua sub-sekitaran ini berlaku serentak.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamed, K. R., Ali, C. A., Leman, M. S., & Abdullah, I. (2004). Sedimentologi dan analisis fasies batuan Paleozoik Akhir di kawasan Panching, Pahang. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 48, 73–80. https://doi.org/10.7186/bgsm48200415

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free