Tahap Teknostres dalam Kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik di Universiti Awam (Level of Technostress among Management Officers and Professionals Non-Academic in Public Universities)

  • Alis N
  • Tewiran S
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pada masa kini, perkembangan teknologi yang berkembang begitu pesat telah memberi kesan dalam semua kehidupan manusia termasuk dalam sektor pekerjaan. Kegagalan mengadaptasi penggunaan teknologi telah menyebabkan berlakunya teknostres dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian tinjauan ini telah dilaksanakan bagi meninjau tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional. Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (bukan akademik) Gred 41 ke atas sama ada tetap, kontrak atau sambilan yang sedang berkhidmat. Borang soal selidik Technostress Creators telah diedarkan kepada seramai 160 orang pekerja yang telah dipilih secara rawak. Data dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan tahap teknostres dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional Universiti Awam (UA) berada pada tahap sederhana. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk mengurangkan teknostres. Antaranya ialah setiap pekerja perlu sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi terkini serta menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat meningkatkan kompetensi dalam bidang pekerjaan mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Alis, N., & Tewiran, S. A. (2020). Tahap Teknostres dalam Kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik di Universiti Awam (Level of Technostress among Management Officers and Professionals Non-Academic in Public Universities). Jurnal Pembangunan Sosial, 23. https://doi.org/10.32890/jps2020.23.3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free