Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran blog reflektif bagi tajuk Teorem Pitagoras ke atas pencapaian dan motivasi murid tingkatan 4. Seramai 30 orang murid tingkatan empat yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik motivasi dan ujian pencapaian. Semua dapatan dalam kajian ini dianilisis secara statistik inferensi iaitu ujian t sampel berpasangan dan Wilcoxon signed rank test melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan blog reflektif melalui kaedah inkuiri terhadap pencapaian dan motivasi murid. Penggunaan blog didapati mempengaruhi peningkatan dalam pencapaian dan motivasi pembelajaran topik teorem pitagoras dalam kalangan murid. Kajian ini telah memberikan sumber maklumat kepada guru matematik bagaimana caranya untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan blog reflektif dengan berkesan.
CITATION STYLE
Tasir, Z., & Mohd Esa, N. L. E. (2021). www.msocialsciences.com Kesan Pembelajaran Reflektif menerusi Blog bagi Tajuk Teorem Pitagoras ke atas Pencapaian dan Motivasi Murid Tingkatan Empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 106–122. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.675
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.