Impak Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Kepada Penjanaan Inovasi di Mahkamah Syariah Negeri Melaka

  • Nur Fatin Nabilah Binti Shahrom
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Artikel ini memfokuskan kepada impak pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 kepada penjanaan inovasi di Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) yang merupakan antara Mahkamah Syariah terawal yang dipersijilkan dengan MS 1900. Kajian ini dilaksanakan dengan strategi kajian kes dengan menggunakan teknik temu bual separa berstruktur dengan melibatkan 11 orang informan yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Jawatankuasa Pelaksana MS 1900 di MSNM. Hasil kajian ini dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik dengan bantuan perisian Atlas.ti 8. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900 di MSNM telah menjana beberapa inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Terdapat lima projek inovasi iaitu EZ Trace, IQ-Court, Two Easy, Track and Take dan CS Penalti. Hasil kajian ini menyumbang kepada pembangunan ilmu berkenaan penjanaan inovasi sebagai impak daripada pelaksanaan MS 1900 kerana kajian seperti ini belum pernah dikaji oleh pengkaji lepas. Hasil kajian ini juga dapat meyakinkan institusi-institusi kehakiman syariah yang lain untuk melaksanakan SPK MS 1900 kerana ianya mampu menjadi pemangkin inovasi di mahkamah Syariah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Nur Fatin Nabilah Binti Shahrom, & Siti Arni Basir. (2022). Impak Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Kepada Penjanaan Inovasi di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Global Journal Al Thaqafah, 12(1), 98–116. https://doi.org/10.7187/gjat072022-11

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free