Abstract
Mahir dalam membaca tali pita ukur merupakan perkara asas yang wajib dikuasai oleh pelajar dalam program Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Temerloh. Justeru itu, kajian yang dibuat adalah untuk meninjau sejauh mana penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) sifir pita ukur membantu pelajar dan pendidik di dalam kursus Pola Asas Pakaian. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2 dari beberapa sesi ambilan iaitu Sesi Jun 2020, Sesi I 2021/2022 dan Sesi II 2021/2022. Penyelidik telah memilih kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data-data yang dikumpul melalui soal selidik telah diedarkan dan dikutip dari responden. Data-data ini diproses dan dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 27 dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Kajian ini mendapati alat bantu mengajar memainkan peranan penting terhadap proses pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar di dalam Pola Asas Pakaian dimana sifir pita ukur yang dikaji adalah terdiri daripada bacaan nilai nilai hun pada tali pita ukur yang diolah tali pita ukur kepada papan pita ukur bersaiz A3. Secara keseluruhannya penggunaan sifir pita ukur dapat memberikan gambara dan proses jalan kerja yang mudah dalam membantu pelajar memahami proses pengajaran dan dapat memabantu pelajar agar proses pengajaran dan pembalajaran mencapai matlamatnya.
Cite
CITATION STYLE
Farahana Nadirah Mahamad Nadzar. (2022). Persepsi Pelajar terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar Sifir Pita Ukur dalam Membantu Kemahiran Membaca Tali Pita Ukur. INTERNATIONAL JOURNAL OF ADVANCED RESEARCH IN FUTURE READY LEARNING AND EDUCATION, 28(1), 30–42. https://doi.org/10.37934/frle.28.1.3042
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.