HUBUNGAN DI ANTARA JENIS PERSONALITI DENGAN TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BEKAS BANDUAN DI MALAYSIA

  • Mohamad M
  • K D
  • K M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Masalah kesihatan mental bekas banduan didapati semakin meningkat dan membimbangkan sehingga menjejaskan keberkesanan pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat. Kertas ini bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental bekas banduan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah survei ke atas 250 orang responden. Dua instrumen digunakan dalam borang soal selidik iaitu Ujian Skala Depression, Anxiety dan Stress (DASS21) bagi mengukur tahap kesihatan mental bekas banduan dan Ujian Personaliti Zuckerman-Kuhlman-40-Cross Culture (ZKPQ-M-40-CC) bagi mengenalpasti 5 domain personaliti bekas banduan iaitu Activity, Sociability, Aggresiveness-hostility, Impulsive Sensation Seeking dan Neuroticism-anxiety. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif yang signifikan di antara kelima-lima jenis personaliti dengan tahap kemurungan, kebimbangan dan stres dalam kalangan bekas banduan. Intervensi kesihatan mental yang khusus perlu diberikan kepada banduan sebelum dan selepas mereka dibebaskan. Ini sangat penting dalam memastikan peluang pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat adalah berkesan apabila masalah kesihatan mental dapat dicegah dan dirawat sebelum ianya menjadi semakin teruk.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad, M. S., K, D., K, M. R., I, F., M.A, M., & D, K. (2023). HUBUNGAN DI ANTARA JENIS PERSONALITI DENGAN TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BEKAS BANDUAN DI MALAYSIA. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.25

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free