Perbandingan Penggunaan Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann oleh Guru Berdasarkan Kaedah Pengajaran di dalam Bilik Darjah dan Secara dalam Talian

  • Mohd Rusli N
  • Abdul Jamal N
N/ACitations
Citations of this article
42Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perbandingan penggunaan gaya pengajaran Grasha-Riechmann oleh guru berdasarkan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dan secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data, dan kaedah kepustakaan serta temu bual dalam mengumpul data. Instrumen yang digunakan terdiri daripada borang maklum balas dan platform Google Meet untuk tujuan temu bual bersama responden. Responden kajian terdiri daripada tiga orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbandingan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dan secara dalam talian berdasarkan gaya pengajaran Grasha-Riechmann. Hasil kajian mendapati bahawa gaya fasilitator adalah gaya yang dominan digunakan responden ketika melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah, manakala gaya autoriti formal pula adalah gaya dominan digunakan responden ketika melaksanakan pengajaran secara dalam talian. Dari segi implikasi, kajian ini memberikan pendedahan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bukan sahaja untuk memanfaatkan penggunaan kemahiran abad ke-21 malah dapat memotivasikan semangat pelajar untuk terus mengikuti sesi pembelajaran dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Rusli, N. F., & Abdul Jamal, N. F. (2022). Perbandingan Penggunaan Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann oleh Guru Berdasarkan Kaedah Pengajaran di dalam Bilik Darjah dan Secara dalam Talian. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 13(2), 41–54. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.2.4.2022

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free