Abstract
Masyarakat dunia semakin terkesan dengan impak Revolusi Industri 4.0, dan pendidikan tinggi dijadikan sandaran untuk memperlengkapkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti graduan. Artikel ini membincangkan secara konseptual amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program prasekolah di universiti swasta. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempermudah dan menjadikan aktiviti PdP bertambah menarik. Namun, perlu disedari TMK adalah sebagai platform berbanding objektif akhir untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan graduan. Strategi PdP yang dilaksanakan memfokus kepada objektif untuk memperluas skop kerjaya melalui pendekatan pengajaran terbalik, atas talian, kolaborasi dan koperatif, terbuka dan merentasi kurikulum serta penilaian holistik yang bertujuan melahirkan graduan yang peka kepada sekeliling, cerdas sosial, bijak berfikir, kemahiran silang budaya, celik huruf kepada media baru, terbuka minda, dan berupaya mengurus pengetahuan dan kerjasama maya. Penerapan kemahiran abad ke-21 kepada guru pelatih melalui pelbagai strategi PdP dapat mengangkat kerjaya guru prasekolah. Communities throughout the world are increasingly impressed with the impact of the Industrial Revolution 4.0 and higher education hold an indisputable responsibility to equip graduates with the 21st century of knowledge, skills and attitudes. This article discusses the conceptual basis of teaching and learning (T&L) practice within the preschool program at a private University. Information and communication technology (ICT) without doubt facilitating and resulting in more exciting T&L activities. However, the main objective of using ICT is to develop 21st century life skills among graduates. The implemented teaching strategies are online, collaborative and cooperative learning, open and cross-curriculum activities as well as holistic assessment. This strategies will produce graduates who are sense-making, social intelligence, novel and adaptive thinking, cross-cultural competency, new-media literacy, transdisciplinarity, design mindset, cognitive load management and demonstrate presence as a member of a virtual team. These will widen and lift up the career of preschool graduates.
Cite
CITATION STYLE
Syed Chear, S. L., & Md Yunus, M. (2019). Strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam latihan guru prasekolah. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/saecj.vol8.no1.1.2019
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.