Penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi pendekatan projek

  • Mohd Yusop N
  • Abdul Rahman N
  • Md Yassin S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meneroka pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak. Secara khususnya kajian ini memberi maklumat tentang elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+ di sebuah tadika di negeri Perak. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data kajian diperoleh menerusi dokumen dan pemerhatian terhadap peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pelaksanaan aktiviti penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan dan penghasilan projek. Lantaran itu, hasil kajian ini membuktikan bahawa penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak mampu meningkatkan penguasaan konsep sains kanak-kanak.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Yusop, N. A., Abdul Rahman, N., Md Yassin, S., & Mohamed Isa, Z. (2018). Penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi pendekatan projek. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 7, 30–49. https://doi.org/10.37134/jpak.vol7.4.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free