Aplikasi Model Connoisseurship dan Kritikan Pendidikan Eisner: Kelebihan dan Kekurangannya dalam Penilaian Program Pendidikan

  • Agir N
  • Mohd Matore M
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Model Connoisseurship dan Kritikan Eisner tidak banyak digunakan dalam menilai sesuatu program pendidikan. Aspek kritikan secara eksklusif, penuh berseni dan ketelitian mendalam berperanan besar dalam membantu aspek penilaian menjadi lebih bermakna. Penghuraian secara tersirat membawa dimensi baru dan mengelakkan aspek cliché. Artikel ini menghuraikan kandungan Model Connoisseurship dan Kritikan Eisner seperti latar belakang, kelebihan dan limitasi model dalam pelaksanaannya. Penjelasan kertas konsep ini menyokong idea untuk menggalakkan lagi pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan memilih penilai dan pengkritik yang lebih kompeten kerana tidak semua penilai kompeten menilai secara berseni. Idea di sebalik kupasan ini membawa implikasi untuk menggalakkan perubahan dalam melatih penilai program itu sendiri. Selain itu, kajian lanjut boleh dijalankan dengan membangunkan latihan khas buat penilai yang memenuhi Model Connoisseurship dan Kritikan Eisner. Tiada gunanya model yang mantap seperti ini tetapi tiada ramai penilai yang berkebolehan dalam konteks Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Agir, N., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2022). Aplikasi Model Connoisseurship dan Kritikan Pendidikan Eisner: Kelebihan dan Kekurangannya dalam Penilaian Program Pendidikan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001388. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1388

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free