Abstract
Arabic language is the main medium of the Quran, hadith, prayer and worship, therefore its basic mastery is an important prerequisite for understanding and appreciating the beauty of the method. However, various studies have found that the level of basic Arabic language mastery among them is still low, thus affecting the ability to understand daily worship texts. Although many Arabic language modules have been developed, most of them are purely academic and examination-oriented without specific integration with worship practices. Based on this need, this study aims to develop the al-‘Arabiyyah li al-‘Ibadah (‘ALI) Module with the Integration of Naqli and ‘Aqli Knowledge (INAQ) approach as the basis of pedagogy and instructional design. This study uses a developmental research design with qualitative and quasi-experimental methods. Data were collected through content analysis of worship texts (Qur'an, hadith, prayer, dhikr), semi-structured interviews with Arabic and Sharia experts, and pre- and post-module tests on target students. Content analysis maps the vocabulary and grammatical structure of worship, while expert interviews refine the module framework. A quasi-experimental test using a questionnaire instrument and a worship language test was conducted to measure students' understanding, motivation and confidence. The findings showed that the 'ALI module improved students' understanding of worship vocabulary, accuracy in reciting prayers and verses of the Qur'an, and motivation with moderate to high n-gain scores. In conclusion, this module has the potential to transfer the INAQ concept from the philosophical level to the practical application of worship. It is hoped that this module can be used as a reference in teaching the Arabic language of worship and its use can be expanded in Islamic educational institutions and the wider community. AbstrakBahasa Arab merupakan medium utama al-Quran, hadis, doa dan ibadah, justeru penguasaan asasnya menjadi prasyarat penting untuk kefahaman serta penghayatan ibadah umat Islam. Namun, pelbagai kajian mendapati tahap penguasaan bahasa Arab asas dalam kalangan mereka masih rendah, sekali gus menjejaskan keupayaan memahami teks ibadah harian. Walaupun modul bahasa Arab telah banyak dibangunkan, kebanyakannya berorientasikan akademik dan peperiksaan semata-mata tanpa integrasi khusus dengan amalan ibadah. Berasaskan keperluan ini, kajian ini bertujuan membangunkan Modul al-‘Arabiyyah li al-‘Ibadah (‘ALI) dengan pendekatan Integrasi Ilmu Naqli dan ‘Aqli (INAQ) sebagai asas pedagogi dan reka bentuk instruksional. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan (developmental research) dengan kaedah kualitatif dan kuasi-eksperimen. Data dikumpul melalui analisis kandungan teks ibadah (al-Qur’an, hadis, doa, zikir), temu bual separa berstruktur bersama pakar bahasa Arab dan syariah, serta praujian dan pascaujian modul terhadap pelajar sasaran. Analisis kandungan memetakan kosa kata dan struktur tatabahasa ibadah, manakala temubual pakar memurnikan kerangka modul. Ujian kuasi-eksperimen menggunakan instrumen soal selidik dan ujian bahasa ibadah dijalankan bagi mengukur kefahaman, motivasi dan keyakinan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa modul ‘ALI meningkatkan kefahaman kosa kata ibadah, ketepatan bacaan doa dan ayat al-Qur’an, serta motivasi pelajar dengan skor n-gain sederhana hingga tinggi. Kesimpulannya, modul ini berpotensi memindahkan konsep INAQ daripada aras falsafah kepada aplikasi amali ibadah. Diharapkan modul ini dapat dijadikan rujukan dalam pengajaran bahasa Arab Ibadah dan diperluas penggunaannya di institusi pendidikan Islam serta komuniti yang lebih meluas.
Cite
CITATION STYLE
Shaiful Baharum, A., Wan Adnan, W. M. S., & Musling, M. N. (2026). INITIAL FRAMEWORK FOR THE DEVELOPMENT OF THE AL-‘ARABIYYAH LI AL-‘IBADAH (‘ALI) MODULE FOR LIFELONG LEARNING (PSH) BASED ON THE INTEGRATION OF NAQLI AND AQLI KNOWLEDGE (INAQ). Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 35(01), 42–55. https://doi.org/10.64757/alqanatir.2026.3501/1374
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.