Meneliti Perspektif Pelatih Tentang Program-Program Pemulihan di Sekolah Tunas Bakti

  • Ahmad N
  • Ibrahim N
  • Mohd Masri A
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Media sering melaporkan tentang masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Masalah yang melibatkan remaja merangkumi hubungan seks luar nikah, ketagihan dadah, pengedaran dadah, mencederakan orang, merogol, samun, mencuri motosikal dan pecah rumah. Laporan statistik oleh pihak polis mendapati perlakuan jenayah ini melibatkan ramai remaja dalam usia 13 hingga 18 tahun. Sekiranya didapati bersalah, Mahkamah bagi Kanak-kanak boleh mengeluarkan perintah di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2016) atau Akta Mahkamah Juvana 1947, untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di institusi bagi menjalani pemulihan bagi tempoh satu hingga tiga tahun. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis institusi pemulihan iaitu Asrama Akhlak dan Sekolah Tunas Bakti di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, manakala Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Selaras dengan itu, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk menghuraikan pandangan pelatih-pelatih (merujuk kepada remaja yang sedang berada di institusi) tentang program-program pemulihan yang sedang mereka jalani. Penulisan dibuat berasaskan temubual berstruktur yang dijalankan ke atas enam orang informan kajian di salah sebuah Sekolah Tunas Bakti di utara Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, semua informan menyatakan mereka tertarik dan gembira mengikuti Program Keagamaan dan Program Kemahiran Latihan Vokasional. Namun, terdapat informan kajian memaklumkan perlaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling agak kurang menyeronokkan kerana mereka hanya mendengar tanpa ada aktiviti yang perlu dilakukan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, N. A., Ibrahim, N., & Mohd Masri, A. N. (2024). Meneliti Perspektif Pelatih Tentang Program-Program Pemulihan di Sekolah Tunas Bakti. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(7), e002832. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i7.2832

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free