Pembangunan dan Kebolehgunaan Permainan Catterpillar Bond bagi Topik Ikatan Kimia Terhadap Pelajar Tingkatan 4

  • Mohd Zainudin N
  • Wan Salleh W
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Ikatan Kimia merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4. Kajian ini bertujuan untuk membangunan permainan Catterpillar Bond bagi topik ikatan kimia, serta mengkaji kebolehgunaan permainan terhadap pelajar Tingkatan Empat daripada aspek reka bentuk, kebergunaan dan kepuasan pelajar. Model ADDIE digunakan untuk membangunkan permainan ini manakala instrumen penilaian yang digunakan adalah kesahan permainan dan soal selidik. Instrumen penilaian telah mendapat kesahan daripada dua orang pakar dalam bidang Kimia. Kajian rintis telah dilaksanakan kepada 30 orang pelajar (nilai kebolehpercayaan: 0.871), manakala kajian sebenar dilaksanakan kepada 28 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Port Dickson. Dapatan kajian memberikan skor yang sangat baik bagi konstruk reka bentuk (min 3.54, sisihan piawai 0.57), konstruk kebergunaan (min 3.68, sisihan piawai 0.53), dan konstruk kepuasan (min 3.59, sisihan piawai 0.58). Kesimpulannya, permainan Catterpillar Bond mempunyai nilai kesahan dan interpretasi min yang tinggi. Permainan ini memberikan implikasi yang positif kepada guru dan pelajar terutamanya semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Zainudin, N. S., & Wan Salleh, W. M. N. H. (2024). Pembangunan dan Kebolehgunaan Permainan Catterpillar Bond bagi Topik Ikatan Kimia Terhadap Pelajar Tingkatan 4. Asian Pendidikan, (4), 10–15. https://doi.org/10.53797/aspen.v4i2.2.2024

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free