Hubungan Pengurusan Disiplin Sekolah dan Kualiti Kehidupan Murid di Semenanjung Utara Malaysia

  • Etum S
  • Mydin A
  • Abdullah A
N/ACitations
Citations of this article
57Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengurusan disiplin sekolah merupakan aspek yang penting dalam memastikan kehidupan murid lebih berkualiti tinggi. Setiap sekolah mempunyai sistem peraturan masing-masing yang diwujudkan bagi membendung masalah disiplin para murid. Sungguhpun begitu, murid sering mempamerkan tingkah laku yang negatif walaupun peraturan sudah ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan disiplin sekolah masih lagi tidak diber penekanan dalam memastikan kehidupan murid lebih berkualiti. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan pengurusan disiplin sekolah dan kualiti kehidupan murid sekolah menengah di Semenanjung Utara Malaysia. Seramai 539 orang murid tingkatan empat terlibat dalam kajian ini yang dipilih menggunakan pensampelan pelbagai peringkat. Instrumen pengurusan disiplin sekolah mengandungi 18 item yang diadaptasikan daripada Kalaichalvi (2012). Di samping itu, instrumen kualiti kehidupan murid mengandungi sepuluh item dan diolah daripada Stegar et al. (2006). Dapatan menunjukkan bahawa tahap pengurusan disiplin sekolah adalah tinggi (M=4.09), manakala kualiti kehidupan murid turut berada pada tahap yang tinggi (M=3,94). Keputusan kajian turut mendapati bahawa terhadap hubungan positif yang sederhana di antara kedua-dua pemboleh ubah dengan nilai korelasi, r = 0.45. Secara keseluruhannya, pengurusan disiplin sekolah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk kualiti kehidupan seseorang murid. Mereka akan lebih patuh dan mempamerkan tingkah laku yang unggul sekiranya tahap pengurusan disiplin di sesuatu sekolah ditadbir dengan baik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Etum, S., Mydin, A.-A., & Abdullah, A. G. K. (2021). Hubungan Pengurusan Disiplin Sekolah dan Kualiti Kehidupan Murid di Semenanjung Utara Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 173–182. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.925

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free