Manifestasi Fonologi Bahasa Melayu Standard terhadap Perubahan Konsonan dalam Nyanyian Lagu Melayu Asli

  • Alimi K
  • Kassin T
N/ACitations
Citations of this article
21Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Makalah ini mengkaji lagu Melayu asli untuk mengenal pasti proses fonologi yang terdapat dalam nyanyian. Kajian atau huraian ciri-ciri bahasa dalam nyanyian lagu Melayu asli amatlah berkurangan dan masih tidak jelas. Oleh itu, sebanyak sepuluh buah lagu Melayu asli telah dijadikan sebagai data kajian dan menjalani proses alih bentuk daripada bentuk fail MP3 kepada bentuk teks menerusi proses transkripsi fonetik. Penelitian memberikan tumpuan terhadap proses fonologi yang melibatkan segmen konsonan dan dihuraikan dengan berpandukan teori Fonologi Generatif Linear (Chomsky & Halle, 1968). Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian proses fonologi yang terkandung dalam lagu Melayu Asli ialah cerminan atau manifestasi bahasa Melayu Standard dalam nyanyian. Nyanyian lagu Melayu asli mematuhi proses fonologi bahasa Melayu standard seperti pengglotisan, asimilasi nasal, pengguguran obstruen tak bersuara, pengguguran nasal, penyisipan farinks dan penyisipan geluncuran. Selain itu, pengguguran likuida getaran didapati tidak terlaksana dalam nyanyian lagu Melayu asli kerana penyanyi tidak menggugurkan likuida getaran /r/ pada posisi koda. Hal berkenaan menunjukkan bahawa nyanyian lagu Melayu Asli mengingkari rumus pengguguran likuida getaran yang terdapat dalam bahasa Melayu standard yang bersifat pilihan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Alimi, K. F., & Kassin, T. A. (2018). Manifestasi Fonologi Bahasa Melayu Standard terhadap Perubahan Konsonan dalam Nyanyian Lagu Melayu Asli. Jurnal Bahasa, 18(2), 253–285. https://doi.org/10.37052/jb18(2)no3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free