Aplikasi Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai terhadap Penilaian Kebolehgunaan Model Pembangunan Jati Diri Remaja Delinkuen di Malaysia Menurut Perspektif Islam

  • Abd Majid M
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penilaian adalah peringkat penting dalam penghasilan produk menerusi pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Artikel ini mengemukakan penilaian terhadap kebolehgunaan model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam yang dibangunkan. Fasa penilaian ini dilaksanakan menerusi aplikasi teknik kumpulan nominal ubahsuai berdasarkan persepsi pengguna (end user) model. Seramai enam orang pengguna dalam kalangan pengusaha, pengetua dan tenaga pengajar yang berpengalaman mengurus, membentuk, membangun dan memulihkan jati diri remaja di pusat-pusat pemulihan akhlak dipilih sebagai peserta. Peserta dikumpulkan dalam bengkel dan diberikan borang soal selidik yang menggunakan skala likert dalam penilaian kebolehgunaan model. Nilai skor pada skala ditukarkan dalam bentuk peratusan yang menentukan tahap kebolehgunaan. Hasil kajian mendapati kesemua empat (4) komponen utama bagi model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam iaitu set induksi, pembangunan spiritual, pembangunan fizikal dan program susulan mendapat persetujuan kumpulan pengguna dengan nilai peratusan melebihi 70 peratus. Model yang dibangunkan sesuai digunakan sebagai panduan kepada pihak-pihak berkepentingan untuk membangun jati diri remaja delinkuen di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd Majid, M. (2024). Aplikasi Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai terhadap Penilaian Kebolehgunaan Model Pembangunan Jati Diri Remaja Delinkuen di Malaysia Menurut Perspektif Islam. Islamiyyat, 46(1), 133–142. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2024-4601-10

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free