Kepimpinan Servan Pengetua dan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Guru di Sekolah Menengah Negeri Sabah

  • Patman F
  • Omar Ramih S
  • Abdullah M
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru mengenai hubungan kepimpinan servan pengetua dengan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Beberapa teknik pensampelan digunakan iaitu rawak kluster dan rawak mudah. Data diperoleh dengan mengedarkan satu set borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada penyelidik asal. Seramai 400 orang responden yang terdiri daripada guru sekolah menengah di negeri Sabah telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian menunjukkan nilai hubungan antara amalan kepimpinan servan pengetua dengan pelaksanaan KBATguru adalah positif. Dapatan juga menunjukkan bahawa hubungan antara kepimpinan servan pengetua dengan pelaksanaan KBAT guru mempunyai aras kekuatan yang rendah pada nilai r=0.245 pada aras signifikan p<0.05.

Cite

CITATION STYLE

APA

Patman, F. B., Omar Ramih, S. B., & Abdullah, M. K. @ J. B. (2021). Kepimpinan Servan Pengetua dan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Guru di Sekolah Menengah Negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(5), 78–83. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i5.787

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free