Abstract
Kualiti perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bergantung kepada kualiti pengasuh. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kualiti amalan pengasuhan antara pengasuh TASKA yang memiliki dan tidak memiliki Sijil Kursus Asuhan PERMATA (KAP). Kajian kes ini melibatkan empat orang pengasuh daripada empat buah TASKA swasta yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data diperoleh melalui temu bual semi struktur dan pemerhatian bukan struktur menggunakan catatan nota lapangan. Hasil analisis tematik mendapati kedua-dua orang pengasuh yang memiliki Sijil KAP dengan pengalaman lebih tiga tahun dan kurang tiga tahun menunjukkan amalan pengasuhan yang lebih baik dalam penjagaan dan pengurusan keperluan asas kanak-kanak dan pelaksanaan aktiviti bersama kanak-kanak berbanding dua orang pengasuh yang tidak memiliki Sijil KAP dengan pengalaman lebih tiga tahun dan kurang tiga tahun. Dua orang pengasuh memiliki Sijil KAP tersebut juga mengakui KAP sebagai keperluan meningkatkan kualiti amalan pengasuhan mereka, manakala dua orang pengasuh tidak memiliki Sijil KAP menyatakan pandangan masing-masing. Secara keseluruhan, KAP jelas memberi implikasi terhadap kualiti pengasuhan kanak-kanak awal di TASKA. Dapatan kajian ini menggesa setiap TASKA dalam negara menyediakan pengasuh-pengasuh yang berkualiti dengan kelayakan minimum Sijil KAP bagi menjamin kualiti dalam perkhidmatan asuhan.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Sharif, M. H., Sidek, N. A., Saharuden, S. S., Engku Azman, E. N. A., Saineh, C., & Shu, B. Y. (2020). Kursus Asuhan PERMATA: Implikasi terhadap kualiti amalan pengasuhan kanak-kanak. Southeast Asia Early Childhood Journal, 9(1), 15–27. https://doi.org/10.37134/saecj.vol9.1.2.2020
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.