Keibubapaan Digital dan Mediasi Ibu Bapa Terhadap Penggunaan Internet Remaja di Malaysia

  • Mohd Hassan H
  • Mohamad Salleh M
  • Ahmad A
N/ACitations
Citations of this article
77Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Internet dan penggunaan peranti digital adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian di persekitaran digital. Kini penggunaan teknologi digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hiburan, pengetahuan dan tujuan interaksi. Bagaimanapun, internet pada asasnya diperkenalkan dengan anggapan bahawa pengguna adalah golongan dewasa. Namun pada era ini, kanak-kanak dan remaja tidak ketinggalan dengan arus teknologi ini. Akibatnya mereka berkemungkinan terdedah kepada risiko seperti isi kandungan yang tidak sesuai dengan usia dan masalah ketagihan internet. Oleh itu, ibu bapa pada era digital perlu ambil perhatian dalam usaha untuk memantau penggunaan internet anak-anak mereka. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan secara konsep tentang strategi ibu bapa dalam memantau penggunaan internet remaja. Tujuannya adalah kerana remaja sedang mengalami proses peralihan daripada kanak-kanak menuju kematangan dan sentiasa inginkan autonomi dan mencari identiti mereka. Internet menjadi platform untuk memenuhi keperluan masa lapang dan emosi mereka. Sehubungan itu, artikel ini turut mengupas tentang keibubapaan pada era digital, penggunaan internet oleh remaja serta kesan internet terhadap remaja. Berdasarkan kupasan itu, artikel ini mengetengahkan mediasi ibu bapa sebagai strategi pemantauan terhadap penggunaan internet remaja. Terdapat tiga dimensi mediasi yang dibincangkan iaitu mediasi aktif, mediasi sekatan dan mediasi penggunaan bersama. Dalam konteks artikel ini, mediasi ibu bapa merujuk kepada pendekatan komunikasi interpersonal di antara ibu bapa dan anak-anak berhubung dengan perihal penggunaan internet. Pelaksanaan pemantauan ibu bapa ini menjadi asas untuk remaja mengakses internet bagi tujuan kebaikan. Seterusnya memupuk keprihatinan ibu bapa terhadap keselamatan dalam talian disamping menyokong penggunaan internet secara positif dan meminimumkan kesan negatif dalam kalangan remaja.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Hassan, H., Mohamad Salleh, M. A., & Ahmad, A. L. (2021). Keibubapaan Digital dan Mediasi Ibu Bapa Terhadap Penggunaan Internet Remaja di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 121–132. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.914

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free