CABARAN PEMULIHARAAN HUTAN MELALUI PENDEKATAN PENGLIBATAN KOMUNITI DAN PIHAK BERKEPENTINGAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA: TINJAUAN LITERATUR

  • Pingking A
  • Hussin R
N/ACitations
Citations of this article
41Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Hutan adalah salah satu sumber alam semula jadi yang sangat penting untuk kesejahteraan ekologi, ekonomi dan sosial manusia. Hal ini kerana hutan menyediakan produk kayu dan bukan kayu dan hutan juga menjadi penapis udara serta air yang bersih untuk kehidupan manusia. Jika hutan diuruskan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, maka mengoptimumkan pelbagai fungsinya, termasuk mitigasi perubahan iklim adalah selaras sepenuhnya dengan objektif pemuliharaan hutan untuk pertumbuhan yang mampan (Broadmeadow & Carnus 2009). Namun begitu, penglibatan daripada komuniti dan pihak berkepentingan juga dianggap sangat penting terutamanya dalam proses merancang strategi dan membuat keputusan. Peranan komuniti setempat pula secara jelas adalah untuk memberikan komuniti peluang menguruskan hutan dan memberikan mereka pendidikan berkaitan pengurusan. Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk melihat cabaran yang dihadapi oleh komuniti dan pihak berkepentingan (kerajaan, NGO, Swasta) dalam pemuliharan hutan. Kajian ini juga melihat pengurusan hutan daripada negara Malaysia dan Indonesia disebabkan kedua-dua negara mempunyai landskap serta geografi yang hampir sama. Usaha yang dilaksanakan juga berpandukan kepada Sustainable Development Goals (SDG) dan matlamat yang sama iaitu menjadikan hutan sebagai kawasan yang mampan

Cite

CITATION STYLE

APA

Pingking, A., & Hussin, R. (2023). CABARAN PEMULIHARAAN HUTAN MELALUI PENDEKATAN PENGLIBATAN KOMUNITI DAN PIHAK BERKEPENTINGAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA: TINJAUAN LITERATUR. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 9(1), 1–17. https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4754

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free