Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Meningkatkan Kompetensi Jururawat: Sorotan Literatur Bersistematik

  • Sulaiman S
  • Jamaludin K
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Bidang penjagaan kesihatan yang kompleks memerlukan pendekatan pendidikan yang inovatif untuk melatih pelajar kejururawatan dengan berkesan. Pembelajaran berasaskan masalah-Problem Based Learning (PBL) telah muncul sebagai kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kecekapan kejururawatan melalui penyelesaian masalah dunia sebenar. Ulasan literatur sistematik- Systematic Literature Review (SLR) ini menilai keberkesanan PBL dalam pendidikan kejururawatan dengan menganalisis 17 kajian yang berkaitan. Empat tema utama dikenal pasti iaitu peningkatan kemahiran klinikal, pemikiran kritikal, keupayaan menyelesaikan masalah, kompetensi praktikal dan teori, serta kepuasan dan motivasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PBL meningkatkan kemahiran klinikal, pemikiran kritikal, dan aplikasi pengetahuan teori dalam amalan. Pendekatan PBL yang interaktif juga meningkatkan motivasi pembelajaran dan efikasi diri. Namun begitu, keberhasilan PBL memerlukan fasilitator terlatih, bahan berkualiti, dan sistem sokongan untuk mengurus cabaran seperti kebimbangan pelajar dan penyesuaian kepada pembelajaran kendiri. Hasil kajian menekankan keperluan untuk protokol PBL yang diseragamkan bagi memaksimumkan manfaatnya dalam pelbagai persekitaran pendidikan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sulaiman, S. Z., & Jamaludin, K. A. (2025). Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Meningkatkan Kompetensi Jururawat: Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(1), e003146. https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i1.3146

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free