Memahami Kronologi dalam Pembelajaran Sejarah Menggunakan Model Pemikiran Sejarah

  • Kisni Kisson S
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini meneroka pembinaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) untuk elemen memahami kronologi menggunakan model pemikiran sejarah. Model ini mengetengahkan proses kontekstualisasi dan pengesahan bukti. Dalam kajian ini, model pemikiran sejarah diintegrasikan dengan sumber sejarah dalam bentuk dokumen teks. Dua sumber sejarah berkaitan dengan tajuk perjuangan Mat Salleh menentang pendudukan British di Sabah pada abad ke-19 telah digunakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes kolektif. Empat belas orang pelajar dari dua buah sekolah menengah kebangsaan harian di Sabah, menjadi sampel kajian. Kaedah pengumpulan data kualitatif adalah melalui kaedah pemerhatian, temu bual kumpulan berfokus dan analisis dokumen. Didapati majoriti daripada 14 orang pelajar dapat membina elemen memahami kronologi. Elemen memahami kronologi dibina apabila para pelajar dapat menghubungkan persamaan perjuangan pemimpin tempatan di pelbagai tempat dan lokasi. Dapatan lain menunjukkan para pelajar boleh menyusun urutan masa, tarikh dan tahun peristiwa perjuangan Mat Salleh; serta mempelajari peristiwa sejarah tanpa hafalan tarikh dan tahun. Dapatan kajian menunjukkan model pemikiran sejarah dalam pembelajaran menggunakan sumber sejarah dapat membantu para pelajar membina KPS dengan elemen memahami kronologi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kisni Kisson, S. (2021). Memahami Kronologi dalam Pembelajaran Sejarah Menggunakan Model Pemikiran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 151–158. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i1.643

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free