Abstract
Murid berkeperluan khas (MBK) memerlukan pembelajaran yang seronok serta mencapai objektif sama seperti murid di arus perdana. Justeru pembelajaran yang seronok perlu menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk memberi rangsangan bagi menarik minat murid terhadap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan guru pendidikan khas terhadap penggunaan bahan yang berbentuk visual, auditori dan kinestetik (VAK) terhadap MBK dalam menarik minat dalam pengajaran guru. Ini kerana masih terdapat sebilangan guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang menjadi amalan mereka dan kurang menggunakan bahan bantu mengajar. Salah satu punca guru kurang menggunakan BBM adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang VAK. Namun BBM VAK sesuai digunakan dalam pengajaran dan diaplikasikan mengikut gaya pembelajaran yang dimiliki oleh MBK. Pemilihan BBM perlu melihat kepada kemampuan dan kelebihan yang dimiliki oleh murid tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan mengenai BBM visual, auditori dan kinestetik. Ketiga-tiga guru pendidikan khas telah menggunakan BBM VAK dengan berdasarkan keupayaan dan kemampuan murid. Walau bagaimanapun guru tidak menggunakan ketiga-tiga jenis BBM, namun guru telah menyatakan BBM yang sering digunakan sama ada visual, auditori dan kinestetik. Justeru dengan pelaksanaan BBM VAK terhadap pengajaran telah menunjukkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan terhadap BBM terutama visual, auditori dan kinestetik.
Cite
CITATION STYLE
Mohamad Suhaimi, N. A., & Alias, A. (2022). Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Terhadap Bahan Bantu Mengajar Visual, Auditori dan Kinestetik yang sesuai Terhadap Murid Berkeperluan Khas. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001526. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1526
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.