Abstract
Fatwa diiktiraf sebagai salah satu sumber perundangan Islam di Malaysia. Dalam beberapa keadaan dan kes, fatwa menjadi rujukan kepada mahkamah Syariah dalam menyelesaikan suatu pertikaian dan permasalahan hukum. Namun, kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti di mahkamah Syariah masih kurang dibahaskan oleh sarjana. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti dalam penghakiman di mahkamah Syariah. Dengan itu, kaedah analisis dokumen digunakan terhadap laporan kes-kes Syariah bagi menganalisis keautoritian fatwa dan pendapat mufti di mahkamah Syariah Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa mahkamah merujuk fatwa dan mengikutnya dalam keputusan mereka. Dari sudut yang kontras, terdapat bukti bahawa mahkamah Syariah tidak merujuk kepada fatwa yang relevan biarpun terdapat fatwa berkaitan. Artikel ini menghujahkan bahawa penambahbaikan perundangan perlu dibuat agar mufti dan fatwa boleh berperanan secara efektif dalam sistem peradilan Syariah. Kajian ini penting kerana dapat menggambarkan kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai salah satu sumber hukum yang berautoriti dalam sistem peradilan Syariah di Malaysia.
Cite
CITATION STYLE
Mat Salleh, M. K. B., Samuri, M. A. A. B., & Mohd Kashim, M. I. A. B. (2016). Kedudukan Fatwa dan Pendapat Mufti Sebagai Autoriti di Mahkamah Syariah Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 1(1). https://doi.org/10.26475/jcil.2016.1.1.01
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.