Keadilan Restoratif dan Retributif dalam Syariah dan di Malaysia: Satu Sorotan

  • Wan Muhammad R
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Hukuman dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu hukuman retributif dan hukuman restoratif. Hukuman yang sering diperkatakan ialah bersifat retributif iaitu bersifat menghukum pesalah di atas kesalahan beliau yang lalu. Manakala hukuman restoratif pula membawa maksud hukuman yang bersifat memulih tetapi tidak begitu popular dalam undang-undang Islam di Malaysia. Makalah ini akan membincangkan tentang konsep, sifat dan objektif kedua-dua jenis hukuman ini. Selain itu, makalah ini bertujuan untuk melihat perbezaan dan kesinambungan yang ada pada kedua-dua jenis hukuman yang disebutkan di atas. Nas-nas syariah telah jelas menunjukkan bahawa hukuman restoratif dan retributif wujud dalam Islam. Malah pada satu tahap, boleh dilihat bahawa Islam itu sendiri banyak mengesyorkan untuk kita memilih hukuman restoratif berbanding hukuman retributif. Beberapa kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia juga bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pelakasanaan hukuman restoratif dikenakan ke atas tertuduh. Makalah ini juga membincangkan sejauhmana kedua-dua hukuman ini dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Malaysia. Rujukan juga akan dibuat ke atas beberapa undang-undang Islam yang terpakai di Malaysia seperti Undang-undang Tatacara Jenayah, Undang- undang Kesalahan Jenayah Syariah dan tidak ketinggalan juga Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]. Cadangan untuk meminda Akta 355 sangat dialu-alukan agar hukuman ke atas pesalah jenayah syariah bukan hanya bersifat retributif tetapi juga bersifat restoratif

Cite

CITATION STYLE

APA

Wan Muhammad, R. (2018). Keadilan Restoratif dan Retributif dalam Syariah dan di Malaysia: Satu Sorotan. Journal of Contemporary Islamic Law, 1(1). https://doi.org/10.26475/jcil.2018.3.1.05

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free