Abstract
Fokus utama kajian ini adalah untuk mengetahui motif utama yang menyebabkan ekspatriat akademik dari serata dunia mengambil keputusan untuk berekspatriasi ke Malaysia seterusnya berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA). Hasil daripada kajian yang dijalankan secara kualitatif melalui kaedah temubual secara mendalam bersama 30 orang responden yang dipilih dari tiga buah IPTA Malaysia, telah mendapati bahawa motif utama yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ekspatriasi ke Malaysia dan memilih IPTA Malaysia sebagai destinasi untukmeneruskan kerjaya sebagai ahli akademik adalah disebabkan oleh dua motif utama iaitu kerjaya dan ekonomi. Sejajar dengan peningkatan jumlah kehadiran ekspatriat akademik di negara ini dan kebergantungan IPTA Malaysia terhadapkomuniti ekspatriat akademik bagi mengisi perjawatan akademik, maka pemahaman mendalam mengenai motif ekspatriasi adalah relevan dalam membantu usaha pengambilan, pemilihan dan pengekalan kakitangan ekspatriatakademik pada masa hadapan.
Cite
CITATION STYLE
Yusoff, M. S., Othman, I. W., Mohd Suki, N., & Razak, R. A. (2015). KERJAYA DAN EKONOMI SEBAGAI MOTIF EKSPATRIASI EKSPATRIAT AKADEMIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 9, 36–47. https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2986
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.