Keberkesanan dan keselamatan Doula di Malaysia.

  • Athilah Hazimah
  • Nur Izatul Shahirah
  • Bunawan A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Artikel ini mengkaji peranan, keberkesanan, dan keselamatan doula di Malaysia. Doula adalah seorang pendamping perempuan yang memberikan sokongan fizikal, emosi, dan maklumat kepada ibu sepanjang proses kehamilan, bersalin, dan berpantang. Kajian ini penting untuk memahami manfaat perubatan tradisional dan semulajadi yang digunakan oleh doula. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik pengumpulan data melalui sejarah lisan dan wawancara dengan tokoh doula, Puan Masyitah Binti Md Hassan, yang merupakan doula dan pendidik kelahiran dan Muhammad Zaki Omar, merupakan tokoh kedua yang mempunyai pengalaman berkenaan Doula. Kajian ini juga meninjau kembali literatur tentang peranan dan faedah doula dalam sistem penjagaan kesihatan negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa sokongan doula dapat mengurangkan risiko komplikasi bersalin, memendekkan tempoh bersalin, dan meningkatkan kepuasan ibu. Kajian ini juga membuka mata dan minda penyelidik bahawa persepsi doula sangat berbeza dari pandangan mereka sendiri. Kajian ini mencadangkan untuk mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan doula di Malaysia, untuk meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan peranan doula di kalangan masyarakat dan sistem penjagaan kesihatan, dan untuk membangunkan ubat-ubatan berasaskan tumbuhan yang digunakan semasa rawatan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Athilah Hazimah, Nur Izatul Shahirah, Bunawan, A. A., & Md Jali, J. (2024). Keberkesanan dan keselamatan Doula di Malaysia. Jurnal Kajian Lisan Malaysia, 2(2), 30–36. https://doi.org/10.64382/hfkvbc49

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free