Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Perolehan Kerajaan di Malaysia ke Arah Tadbir Urus Baik

  • Azizan M
  • Daud S
  • Hamil J
N/ACitations
Citations of this article
24Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kecekapan dan keberkesanan merupakan salah satu ciri utama di dalam tadbir urus baik. Perolehan kerajaan sebagai bahagian dari pentadbiran awam adalah alat bagi mencapai matlamat pembangunan dan diuruskan menggunakan dana awam dalam jumlah yang besar.Hal ini menjadikan perolehan kerajaan terdedah kepada elemen penyelewengan. Oleh itu, ia perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai keputusan yang optimum melalui penggunaan sumber awam secara bijaksana. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu berhubung kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan perolehan awam dan mekanisme bagi menangani isu-isu berkenaan. Kajian kualitatif ini dihasilkan melalui analisis terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi tempoh 8 tahun bermula bermula dari tahun 2011 sehingga tahun 2018 dengan tumpuan kepada teguran terhadap kecekapan dan keberkesanan pengurusan. Metodologi temu bual mendalam turut dilaksanakan bersama informan yang menguruskan perolehan kerajaan di agensi persekutuan,negeri,pihak berkuasa tempatan dan juga badan berkanun serta pegawai di agensi pemantauan dan penguatkuasaan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat isu berhubung kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan perolehan melibatkan fasa sebelum perolehan; fasa penilaian; dan fasa selepas keputusan dibuat. Bagi menangani isu ini, kajian ini menegaskan empat ciri utama yang perlu dimiliki oleh pihak pengurusan iaitu teliti; bijaksana; tegas; dan terbuka. Dapatan kajian ini menambahkan khazanah ilmu berkenaan aspek tadbir urus baik dan memberikan input kepada pemegang taruh bagi merangka dasar yang lebih komprehensif bagi memelihara kepentingan awam melalui pengurusan perolehan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Azizan, M. F., Daud, S., & Hamil, J. (2024). Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Perolehan Kerajaan di Malaysia ke Arah Tadbir Urus Baik. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 21(3). https://doi.org/10.17576/ebangi.2024.2103.28

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free