KESEDARAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) JABATAN TENAGA MANUSIA DI TERENGGANU

  • WAN ABDUL MAJID W
  • AHMAD R
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.
Get full text

Abstract

Keusahawanan sering dianggap sebagai subjek yang lebih cenderung kepada pelajar dalam bidang perniagaan tetapi tidak untuk pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran yang terlibat dalam bidang teknikal. Namun, ini adalah satu tanggapan yang tidak seharusnya wujud kerana Malaysia seharusnya perlu mengenal pasti kesedaran keusahawanan dalam bidang teknikal. Pada masa kini, kesedaran keusahawanan dalam bidang teknikal tertentu adalah kurang lantaran program keusahawanan lazimnya lebih tertumpu kepada pelajar InstitusiPengajian Tinggi (IPT). Misalnya, Pembangunan Keusahawanan Bumiputera adalah lebih tertumpu kepada golongan siswazah IPT, belia dan wanita. Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT juga diperkenalkan agar modal insan dengan daya pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan dalam kalangan IPT tempatan dapat dilahirkan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran keusahawanan dalam kalangan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Terengganu berhubung dengan faktor keusahawanan dari aspek individu usahawan yang berbeza serta struktur dan persekitaran perniagaan. Seterusnya, mengkaji hubungan antara kesedaran keusahawanan dengan pembolehubah tidak bersandar lain yang berkait dengan kajian seperti ciri keusahawanan dan cabaran keusahawanan. Kaedah kuantitatif telah digunakan dan borang soal selidik diedarkan kepada 280 orang pelajar. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa cabaran keusahawanan merangkumi sikap dan minat, kemahiran keusahawanan serta pendidikan dan pengetahuan keusahawanan merupakan elemen paling signifikan yang mempengaruhi kesedaran keusahawanan dalam kalangan pelajar berkemahiran di ILP untuk menjadi seorang usahawan. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kerajaan Malaysia untuk memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi oleh para pelajar ini dan mengambil tindakan terhadap segala kemungkinan yang boleh mempengaruhi atau memberi kesan kepada minat pelajar terhadap keusahawanan pada masa akan datang.

Cite

CITATION STYLE

APA

WAN ABDUL MAJID, W. N., & AHMAD, R. (2021). KESEDARAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) JABATAN TENAGA MANUSIA DI TERENGGANU. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 3(1), 87–98. https://doi.org/10.46754/umtjur.2021.01.010

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free