Literasi Media Sosial Pelajar Politeknik Terhadap Aspirasi Kerjaya Keusahawanan Digital

  • Khalil N
  • Buang N
  • Othman N
N/ACitations
Citations of this article
95Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap literasi media sosial dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan digital. Responden kajian terdiri daripada pelajar semester akhir di Jabatan Perdagangan. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik serta diedarkan menggunakan Google form. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 26. Item kajian menggunakan Skala Likert 5 bagi menerangkan item soal selidik. Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Hubungan antara literasi media sosial terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan digital diuji menggunakan ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan skor min tahap literasi media sosial adalah tahap sederhana tinggi. Berdasarkan hasil kajian, terdapat beberapa implikasi penting dalam menekankan lebih banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan media sosial untuk menggalakkan pelajar PSA memilih bidang keusahawanan digital setelah tamat pengajian. Secara keseluruhan, terdapat hubungan yang signifikan antara literasi media sosial pelajar PSA terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan digital. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah untuk merancang strategi dan pendekatan aktiviti kepada pelajar kearah pemilihan kerjaya keusahawanan digital pada masa hadapan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Khalil, N. F., Buang, N. A., & Othman, N. (2021). Literasi Media Sosial Pelajar Politeknik Terhadap Aspirasi Kerjaya Keusahawanan Digital. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 22–32. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.651

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free