Penghasilan Asid Laktik D daripada Hidrolisat Sabut Kelapa Tua dan Muda

  • Muhamad Nor N
  • Teo P
  • Din N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penghasilan asid laktik D semakin mendapat perhatian kerana sifat polimernya, poli asid laktik D, yang termostabil. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan asid laktik D daripada sisa pertanian yang tidak bernilai tinggi seperti sabut kelapa tua (SKT) dan sabut kelapa muda (SKM) melalui teknologi fermentasi. Peringkat pertama kajian, SKTdan SKM dikenakan pra-rawatan beralkali menggunakan 5% larutan natrium hidroksida pada suhu 121 °C selama 15 minit untuk menyingkirkan komponen lignin dan hemiselulosa. Kemudian, dua kaedah hidrolisis dikaji, iaitu hidrolisis berenzim dengan menggunakan enzim Acellerase 1500 (1, 5 dan 10%, i/i) dan hidrolisis berasid dengan menggunakan asid sulfurik (1, 3 dan 5%, i/i). Keputusan menunjukkan hidrolisis berenzim dengan kepekatan 10% enzim Accellerase 1500 (11.09 mg/mL) lebih cekap menukarkan selulosa kepada gula penurun berbanding hidrolisis berasid (0.87 mg/mL) dalam hidrolisat SKT. Manakala, bagi hidrolisat SKM, 5% enzim Accellerase menghasilkan kepekatan gula penu-run yang lebih tinggi berbanding hidrolisis berasid dengan 15.00 dan 1.02 mg/mL. Kadar penukaran gula penurun yang maksimum didapati daripada hidrolisis berenzim SKT dan SKM dengan 55% dan 60%. Pada peringkat kedua, hidrolisat yang mengandungi gula penurun yang tinggi digunakan sebagai sumber karbon untuk penghasilan asid lak-tik D oleh Lactobacillus coryniformis subsp. torquen melalui proses fermentasi (48 jam, 37 ºC, 150 rpm). Pada akhir proses fermentasi, sebanyak 4.93 g/L penghasilan asid laktik D direkodkan dalam kaldu hidrolisat SKT dan 3.98 g/L asid laktik D terhasil dalam kaldu hidrolisat SKM dengan pH kaldu fermentasi tidak dikawal. Kesimpulannya, selulosa dalam kedua-dua sampel SKT dan SKM boleh diuraikan kepada gula penurun melalui hidrolisis berenzim dan seterus-nya berpotensi untuk digunakan sebagai substrat bagi menghasilkan asid laktik D melalui proses fermentasi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhamad Nor, N. N., Teo, P. L., Din, N. A. S., & Mohd Zaini, N. A. (2021). Penghasilan Asid Laktik D daripada Hidrolisat Sabut Kelapa Tua dan Muda. Sains Malaysiana, 50(2), 409–418. https://doi.org/10.17576/jsm-2021-5002-12

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free