ANALISIS PENDIDIKAN DARAH WANITA DALAM KURIKULUM RENDAH DAN MENENGAH DI MALAYSIA

  • Saleh S
  • Yusuff Z
  • Ismail S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
35Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstrak: Pendidikan darah wanita merupakan korpus ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap muslim lelaki dan perempuan. Ulama silam telah memperakui kesukaran menguasai ilmu tentang darah wanita. Rentetan itu, berlaku pengamalan bervariasi yang menyebabkan berlaku silap faham masyarakat terhadap kaedah penentuan darah wanita. Hal ini menuntut kepada satu analisis tentang pendidikan darah wanita dalam kurikulum pendidikan Islam rendah dan menengah, ia menjadi objektif utama kepada kertas kerja ini dan mengenalpasti ilmu asas darah wanita yang perlu diutamakan sebagai pendidikan awal darah wanita kepada pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis kandungan buku teks pendidikan Islam rendah dan menengah, teks kelasik dalam bidang fiqh, tafsir, hadis dan bahasa. Selain itu, kaedah pemerhatian kefahaman peserta kelas belia dan dewasa, bagi kelas pengajian darah wanita berasaskan soalan yang diajukan oleh peserta tentang status darah wanita. Kajian mendapati, silibus berkaitan pendidikan ilmu darah wanita dalam kurikulum pendidikan Islam samaada di peringkat rendah atau menengah di Malaysia hanya terbatas kepada konotasi sahaja iaitu haid, nifas, istihadhah dan wiladah. Tiada perbincangan hukum secara khusus kecuali disebut secara tidak langsung dalam topik perbincangan puasa dan mandi. Pembelajaran secara tidak berfokus memberi implikasi kepada tahap pemahaman dan usia pelajar mempelajari tentang hukum hakam darah wanita yang bervariasi ekoran tiada keselarasan skop dan tempoh pembelajaran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Saleh, S. F. B., Yusuff, Z. B. M., Ismail, S. K. B., Nordin, N. B., Muda, T. F. M. B. T., & Ali, R. B. M. (2020). ANALISIS PENDIDIKAN DARAH WANITA DALAM KURIKULUM RENDAH DAN MENENGAH DI MALAYSIA. TAMADDUN, 21(1), 145. https://doi.org/10.30587/tamaddun.v21i1.1386

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free