KELESTARIAN PELANCONGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEPADUAN SOSIAL: KAJIAN KES KOMUNITI TEMPATAN BONGAWAN

  • Samsul S
  • Sintang S
  • Kumalah M
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kelestarian pelancongan merupakan isu penting dalam era globalisasi kini kerana faedah eknomi dan sosial komuniti tempatan wujud daripada pertumbuhan industri pelancongan yang pesat. Walau bagaimanapun, tanpa kesepaduan sosial yang kukuh maka kelestarian pelancongan mungkin sukar dicapai terutamanya dalam kalangan komuniti luar bandar. Kesepaduan sosial melibatkan hubungan harmoni yang wujud daripada persefahaman dan saling hormat - menghormati dalam kalangan pemain industri pelancongan. Justeru, artikel ini membincangkan indikator kesepaduan sosial komuniti yang menjadikan pembangunan pelancongan di Kampung Seri Serbang, Bongawan lebih lestari. Pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif melalui pemerhatian dan temubual mendalam bersama informan terpilih di Kampung Seri Serbang. Hasil dapatan menunjukkan, wujud eleman dan indikator kesepaduan sosial yang terbina melalui penglibatan aktif aktiviti pelancongan seperti river cruise, persembahan tarian dan pakaian tradisional etnik iaitu sebagai usaha pembangunan homestay mampan di Kampung Seri Serbang. Oleh itu, melalui usaha meningkatkan kesepaduan sosial, ia diharap dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kelestarian pelancongan di Kampung Seri Serbang dicapai. Sekaligus, dapat memberikan faedah jangka panjang kepada komuniti tempatan, pelancong dan alam sekitar secara maksimum.

Cite

CITATION STYLE

APA

Samsul, S. S., Sintang, S., & Kumalah, M. J. (2023). KELESTARIAN PELANCONGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEPADUAN SOSIAL: KAJIAN KES KOMUNITI TEMPATAN BONGAWAN. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 9(1), 129–137. https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4764

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free