Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru

  • Geoffrey F. C. Lim
  • Norshamshizar Abdul Jalil
  • Dayang Suraya Awang Hidup
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
118Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan adalah satu aspek penting dalam pembangunan pendidikan pada masa kini. Kepesatan teknologi dunia menerusi Revolusi Industri 4.0 telah memberi impak kepada negara terutama dalam bidang pendidikan. Namun, pendidik-pendidik turut menghadapi masalah dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas ini mengambil tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cabaran-cabaran ini merangkumi kurangnya latihan, kemahiran teknikal, serta sikap guru sendiri terhadap penggunaan teknologi. Selain itu, isu-isu penyediaan bahan, seperti kos dan sumber, juga menjadi penghalang kepada pengintegrasian teknologi. Kajian ini juga menggariskan penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini, termasuk peningkatan latihan guru, sokongan pentadbir dan teknikal yang baik, dan berfikiran secara terbuka untuk menyokong penggunaan teknologi dalam pengajaran. Dengan mengatasi cabaran-cabaran ini, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dapat menjadi lebih berkesan dan memberikan manfaat yang besar kepada proses pembelajaran pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Geoffrey F. C. Lim, Norshamshizar Abdul Jalil, Dayang Suraya Awang Hidup, & Marlissa Omar. (2025). Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 8(1). https://doi.org/10.24191/ijmal.v8i1.7454

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free