Metodologi Pendalilan terhadap Fatwa Pensabitan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Penamaan kepada Abdullah

  • Roslan M
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Fatwa pensabitan nasab bagi anak tak sah taraf atau akronimnya dikenali sebagai ATST dapat dibahagikan kepada dua pandangan. Pandangan pertama adalah Fatwa Kebangsaan yang merupakan pendapat jumhur dan disokong oleh beberapa negeri di Malaysia iaitu menasabkan ATST dengan nama Abdullah. Adapun pandangan kedua iaitu Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa menasabkan ATST kepada bapa biologinya adalah diharuskan bagi mengelakkan aib anak-anak itu tersebar dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kembali metodologi pendalilan terhadap fatwa pensabitan nasab ATST kepada Abdullah. Ia bertujuan untuk menilai semula metodologi pendalilan yang digunakan dalam pengeluaran fatwa tersebut dengan mengambil kira dakwaan yang telah ditimbulkan oleh Fatwa Negeri Perlis. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa asas pendalilan terhadap fatwa pensabitan nasab ATST di Malaysia yang dinamakan kepada Abdullah adalah bersumberkan kepada dalil hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari (no: 6818) iaitu “anak itu untuk hamparan (isteri) dan bagi penzina itu adalah batu (tidak mendapat hak nasab)”. Namun begitu, Fatwa Kebangsaan menggantikan nama Abdullah kepada nama ibu anak tersebut adalah untuk mengelakkan kesan psikologi dan masalah sosial yang berlaku kepada anak tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar suatu kajian dapat diperluaskan pada masa hadapan bagi mengesahkan matlamat Fatwa Kebangsaan bagi menggantikan nama ibu dengan nama Abdullah ke atas ATST adalah benar-benar mencapai matlamat seperti yang diinginkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. The Fatwa on the conviction of lineage for illegitimate children, or by its Malay acronym, ATST (Anak Tidak Sah Taraf), is divided into two views. The first point of view is the National Fatwa, which is a popular opinion, and is supported by several Malaysian states, and which refers to ATST as Abdullah. In terms of the second point of view, the Perlis State Fatwa believes that assigning ATST to the biological father is necessary to prevent the shame of the children from spreading throughout the community. In light of this, this article is written with the intention of looking back at the evidence methodology for the fatwa of the ATST lineage conviction to Abdullah. It seeks to re-evaluate the evidence methodology used in issuing the fatwa in light of the allegations raised by the Perlis State Fatwa. The study’s philosophy is interpretive, as evidenced by the use of a qualitative approach in adapting the study design. Meanwhile, the document content analysis method is used in this study for data collection and analysis. The findings show that the basis of the evidences on the fatwa of the ATST lineage conviction in Malaysia named after Abdullah is based on the hadith narrated by Bukhari (no: 6818) that “the child is for (the owner of) the bed and the stone is for the person who commits illegal sexual intercourse (does not get the lineage right)”. Nonetheless, the National Fatwa replaces Abdullah’s name with the child’s mother’s name in order to avoid psychological and social problems for the child. Therefore, this study suggests that a future study could be expanded to confirm the goal of the National Fatwa to replace the mother’s name with Abdullah on the ATST is to achieve its goals as the National Fatwa Council’s desires.

Cite

CITATION STYLE

APA

Roslan, M. M. (2023). Metodologi Pendalilan terhadap Fatwa Pensabitan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Penamaan kepada Abdullah. Journal of Muwafaqat, 6(2), 19–34. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i2.140

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free