Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt

  • Abdul Rahim M
  • Mamat M
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kedatangan agama Islam ke tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ratusan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.   The arrival of Islam in Malaya has succeeded in shaping and influencing all aspects of the life of the Malay community, especially the view of nature, religious practices, culture, and language. As a result of this process of Islamization, the thinking and intellectual power of the Malays has been raised to an important level and this is evident when their intellectuals and scholars managed to produce hundreds of writings across various disciplines, especially religion. The religious work has become the main syllabus and reference for the Malay community to study Islam, especially matters concerning faith, fiqh, and Sufism. Thus, this paper aims to reveal the influence of Jawi books especially those written in the field of fiqh as well as introduce the Jawi fiqh manuscript entitled Arkān al-Ṣolāt by using qualitative methods involving library research. The original copy of this manuscript was obtained from the National Center for Malay Manuscripts (PNM). The findings of the study show that the Malay community has an intimate scientific relationship with the book of Jawi fiqh. The study also found that this manuscript succeeded in highlighting the uniqueness and wisdom of Malay scholars in producing works in the field of fiqh that is capable

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Rahim, M. F. W., & Mamat, M. A. (2021). Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt. Sains Insani, 6(3). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.164

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free