Abstract
ABSTRAK Objektif kertas ini ialah untuk mengkaji kecerdasan emosi belia. Pensampelan terdiri daripada seratus belia dari umur 15 hingga 39 tahun yang dipilih daripada kalangan belia di Petaling Jaya. Data dikumpul melalui borang kaji selidik yang diisi belia sendiri. Instrumen soal selidik yang digunakan ialah, The Schutte Self-Report Emotional Intelligence Test (SSEIT). Tahap kecerdasan emosi belia diukur menggunakan lima Skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi keseluruhan belia agak tinggi dengan peratusan min 67.30%, lebih tinggi daripada 50% yang telah ditetapkan oleh pengkaji, dan juga didapati bahawa belia tidak begitu baik dalam percaturan emosi terhadap diri sendiri dan orang lain. Tambahan pula tidak ada perbezaan yang signifikan dalam skor tahap kepintaran emosi di kalangan belia lelaki dan perempuan. Kata Kunci: Emosi, Kecerdasan, Kecerdasan Emosi, Kebolehan, Belia
Cite
CITATION STYLE
ANDI, H. K. (2011). EMOTIONAL INTELLIGENCE OF MALAYSIAN YOUTHS. Asia Pacific Journal of Youth Studies, 5(1), 1–16. https://doi.org/10.56390/apjys2024.5.8
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.