Kerangka Penggunaan Peta Alir dalam Pembelajaran Penulisan Karangan Naratif Bahasa Cina

  • Teoh L
  • Ng M
N/ACitations
Citations of this article
37Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam pembelajaran Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pemupukan kebolehan menghasilkan penulisan yang baik dalam kalangan murid sekolah rendah adalah amat penting kepada peningkatan literasi bahasa dan keupayaan pembelajaran. Namun demikian, kemahiran menulis paling sukar dipelajari dan dikuasai oleh murid sekolah rendah kerana melibatkan tahap literasi dan proses kognisi yang tinggi dan kompleks. Dalam usaha pembaharuan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017), merangsang minat dan keupayaan murid dalam penulisan karangan telah menjadi tumpuan para guru Bahasa Cina. Melalui penggunaan peta alir, murid dapat mengembangkan idea penulisan, membina struktur penulisan dengan menyeluruh, serta menguasai kemahiran menghasilkan penulisan dengan cekap. Berdasarkan ini, kerangka penggunaan peta alir secara praktikal dalam pembelajaran penulisan karangan naratif Bahasa Cina bagi murid Tahap II dicadangkan dalam kajian ini agar dapat menggalakkan murid belajar penulisan dengan lebih seronok, inovatif dan bermakna. Melalui kerangka penggunaan peta alir yang dicadangkan, penggunaan peta alir diintegrasikan dalam amalan pedagogi yang sejajar dengan pembelajaran abad ke-21. Kerangka ini juga memberi pencerahan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1978) dan kaedah asas penggunaan peta alir dalam pembelajaran penulisan karangan naratif Bahasa Cina di SJKC. Dengan itu, kajian ini dipercayai mampu memberi implikasi yang bernilai kepada para guru yang ingin menambah baik kaedah pengajaran mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Teoh, L. L., & Ng, M. H. (2022). Kerangka Penggunaan Peta Alir dalam Pembelajaran Penulisan Karangan Naratif Bahasa Cina. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), e001746. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1746

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free