Perspektif Sosiologi Bidayuh Terhadap Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)

  • Lyndon N
N/ACitations
Citations of this article
14Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Ketidaksamarataan sosial atas dasar diskriminasi, peminggiran dan pengasingan hingga menimbulkan jurang kemiskinan antara negeri dan wilayah seringkali dibangkitkan dalam hubungan antara negeri dan kerajaan persekutuan. Dalam masa yang sama, polemik ini kemudiannya dihangatkan lagi dengan perjanjian tentang status dan hak antara negeri dan kerajaan persekutuan menurut perundangan dalam pembentukan sesebuah negara bangsa. Objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti perspektif etnik Bidayuh terhadap Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) berdasarkan imaginasi sosiologi dimensi diskriminasi, peminggiran dan pengasingan sebagai rakan kongsi dalam pembentukan negara Malaysia berasaskan Perjanjian 1963. Strategi penyelidikan abduktif menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif iaitu temubual mendalam dan perbincangan kumpulan terfokus telah digunakan. Sejumlah 50 orang etnik Bidayuh di Bahagian Serian telah terlibat dalam kajian ini menggunakan persampelan berstrata dan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga perspektif utama yang diutarakan oleh etnik Bidayuh di Bahagian Serian tentang Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia iaitu untuk menuntut hak sebagai rakan sekutu dalam Pembentukan Negara Malaysia yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan desakan terhadap kerajaan persekutuan supaya menghormati 18 perkara untuk Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan sebagai landasan untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan pusat yang berterusan menganaktirikan pembangunan rakyat di kedua-dua buah negeri ini. Kesimpulannya, pandangan ini timbul disebabkan oleh sikap kerajaan persekutuan itu sendiri yang masih lagi tidak mengimplimentasikan hak dan status negeri Sarawak dalam konteks perundangan sebagai rakan sekutu dalam pembentukan negara Malaysia. Katakunci : diskriminasi, etnik Bidayuh, ketidaksamarataan sosial, peminggiran, Sarawak Social inequality on the basis of discrimination, marginalization and alienation has led to gaps between state and territory poverty often raised in the relationship between the state and the federal government. At the same time, the debate was further strengthened by the agreement on the status and rights of state and federal governments in accordance with the constitution of the formation of a nation. The main objective of this study was to examine the Bidayuh ethnic perspective in relation to the Sabah Sarawak Secession Movement (SSKM) based on the sociological imagination dimensions of discrimination, marginalization and alienation as partners in the formation of the Malaysian nation under the 1963 Agreement. An abductive research strategy using qualitative data collection techniques including in-depth interviews and focused group discussions was used. A total of 50 Bidayuh ethnic groups in the Serian Division participated in this study using stratified and purporsive sampling. The results show that there are three main perspectives expressed by the Bidayuh ethnic groups in the Serian Division on Sabah Sarawak Secession Movement of Malaysia that is to claim the right to be an ally in the Formation of Malaysia as set out in the Malaysian Agreement 1963, urging the federal government to respect 18 points for Sarawak is embodied in the Malaysia Agreement of 1963 and as a basis for expressing dissatisfaction with the federal government's ongoing administration of the people's development in both states. In conclusion, this view is borne out by the attitude of the federal government itself which has yet to implement the rights and status of Sarawak in the legal context as an ally in the formation of Malaysia. Keywords : discrimination, ethnic Bidayuh, social inequality, marginalization, Sarawak

Cite

CITATION STYLE

APA

Lyndon, N. (2019). Perspektif Sosiologi Bidayuh Terhadap Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Malaysian Journal of Society and Space, 15(4). https://doi.org/10.17576/geo-2019-1504-17

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free